Adakah anda mempunyai masalah Obesiti?

Obesiti terjadi apabila tahap Trigliserida dalam badan melebihi tahap normal bagi badan manusia

  • Trigliserida (triglyceride) adalah jenis lemak dalam darah yang digunakan untuk menyimpan tenaga. Jenis lemak ini terdapat dalam daging, produk susu, minyak dan lemak haiwan. Hati juga menghasilkan trigliserida. Apabila trigliserida berlebihan, ia akan mengundang kepada masalah kesihatan dan penyakit seperti kanser, komplikasi jantung dan strok.

Terdapat 5 jenis masalah utama kegemukan pada bahagian bawah badan:-

Keturunan

Tanda-tanda

Obes sejak zaman kanak-kanak sehingga remaja dan selera makan yang besar.

Kesan

  • Pesakit obes sering diasingkan dan ditertawakan oleh masyarakat. Mereka juga sering merasa rendah diri dan kurang keyakinan.
  • Sekiranya tidak dikawal, masalah lemak bahagian bawah badan akan menjadi lebih teruk dan akan membentuk obesiti sepanjang hayat.
  • Akan menyebabkan risiko kesihatan yang lebih teruk dan boleh mengundang kepada kematian.

Lemak Degil

Tanda-tanda

Terlihat terutamanya pada perut, pinggul dan paha di mana lemak adalah tepu dan kukuh.

Kesan

  • Mempengaruhi fizikal seseorang dan meningkatkan risiko kanser hati, strok, penyakit jantung dan lain-lain penyakit serius.
  • Lemak terkumpul akan memberi tekanan kepada tulang belakang seterusnya memberi implikasi negatif. Ia akan menghadkan aktiviti sesorang.
  • Kaki yang besar dan berlemak mudah diserang kekejangan, ekzema dan urat kaki bersimpul (varicose veins).

Selepas Bersalin

Tanda-tanda

  • Tubuh yang kembung, selalunya pada perut, pinggul, dan peha.
  • Tanda regangan pada perut, terutamanya selepas melahirkan.
  • Pinggul dan paha menunjukkan selulit yang jelas kerana sel-sel lemak.

Kesan

  • Metabolisme yang rendah.
  • Kemurungan akibat penampilan fizikal.
  • Menjejaskan hormon, seperti tempoh haid yang tidak normal (lebih singkat). Dalam jangka panjang, ini boleh menjejaskan kesuburan secara serius.

Pertengahan umur

Tanda-tanda

  • Mudah rasa lemah kerana metabolisme yang rendah dan sering mengalami sesak nafas.
  • Sakit badan, sakit sendi, belenggu, kurang fokus melakukan kerja dan sebagainya.

Kesan

  • Kebarangkalian mendapat kanser payudara dan kanser endometrium.
  • Perubahan hormon endokrin disebabkan oleh menopaus boleh menyebabkan perubahan mood, keresahan, dan menghadapi risiko kemurungan yang lebih tinggi.
  • Bengka pada kaki, gout dan arthritis.
  • Kemungkinan besar mengalami demensia.

Pemakanan

Tanda-tanda

  • Seseorang mempunyai keinginan makan yang kuat atau mempunyai selera yang besar.
  • Sering keletihan kurang memberi tumpuan.
  • Kurang menyerlah dengan pinggang dan paha yang besar.

Kesan

  • Meningkatkan risiko diserang penyakit pada usia muda, menyebabkan kolesterol tinggi, tekanan darah tinggi, diabetes dan banyak penyakit utama yang boleh mengakibatkan kematian pramatang (premature death).
  • Mempercepat proses penuaan dan menyebabkan menopaus bagi kaum wanita.
  • Melambatkan peredaran darah yang menyebabkan terhasil urat kaki bersimpul (varicose veins).

Masalah-masalah kegemukan dan obesiti yang lain:-

  • Perut membengkak
  • Peha dan pinggang lebar
  • Meaty thighs
  • Selulit
  • Tanda regangan

Adakah anda menghadapi masalah kegemukan seperti diatas?Jika anda ingin menyingkirkan trigliserida yang berlebihan, menurunkan berat badan dan mengembalikan bentuk badan yang ideal, lawati page rawatan atau klik butang di bawah!